Salah satu faktor besar sebab DIDIKAN dari abah aq.Abah sangat minat terhadap haiwan macam burung dan ayam. Pelbagai spesies ayam dan burung abah pernah bela contohnya Ayam hutan, ayam kampung,ayam katik, burung murai,burung awak-awak).Tapi lain bagi aq.Aku lebih suka kepada haiwan exotic macam sesumpah,katak,kura-kura,ular,kuda,ikan,kucing tidak ketinggalan haiwan kesukaan Rasulullah SAW .
So kalau korang nak mewujudkan perasaan suka pada haiwan , aku cadangkan lawat tempat ni.
Disiniland Agrofarm And Resort Di Batu Kurau
Lokasinya yang strategik terletak tidak jauh dari bandar Taiping, ianya terletak kira-kira 20 km daripada bandar Taiping. Ini adalah salah satu faktor untuk menyumbang kepada Disiniland Agrofarm and Resort semakin diminati oleh pengunjung yang datang bercuti dan menginap di sekitar bandar Taiping. Jika anda bercadang untuk berkunjung ke Disiniland Agrofarm and Resort
Disiniland ni baru sahaja dibuka tahun 2017.Disebabkan tempat ni sekitar kampung aq saja , Batu Kurau, Perak. |
Disiniland Agrofarm and Resort adalah sebuah destinasi percutian berbentuk agro yang dikhaskan untuk seisi keluarga yang ingin bersama-sama meluangkan masa berharga. Pilihan lokasi percutian agro yang unik ini harus menjadi pilihan utama anda jika anda bercadang untuk merasakan kelainan dalam percutian anda. Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, Disiniland Agrofarm and Resort terletak di Kampung Sempeneh Cempaka, Batu Kurau.
Lokasi : Kampung Sempeneh Cempaka, Batu Kurau
Masa : 10.00 am hingga 6.30 pm Hari Setiap hari kecuali cuti umum.
Pemilik kepada Disiniland Agrofarm And Resort yang terletak di Batu Kurau ini adalah antara individu yang paling disegani dan dihormati di kawasan Batu Kurau. Beliau adalah bernama Dato’ Khairil Anuar.
Disiniland Agrofarm And Resort dibina dan beroperasi di tanah seluas lima ekar sejak pada permulaan operasinya. Pada asalnya, taman tema Disiniland Agrofarm And Resort ini dibina khas sebagai tempat untuk berehat dari kesibukan kota dan percutian peribadi keluarga yang mana lokasinya di Batu Kurau itu adalah kampung asal buat pemilik.
Oleh kerana taman tema ini semakin mendapat sambutan hangat yang menggalakkan dari penduduk setempat, jadi keluarga pemilik pun terus membuka Disiniland kepada orang ramai.
Aktiviti di dalam Disiniland Agrofarm And Resort adalah menggunakan sistem kupon dan harga untuk masuk ke Disiniland Agrofarm And Resort adalah seperti berikut:
Dewasa : RM3.00
Kanak-kanak : RM1.00 *3 hingga 12 tahun
Warga Emas : RM1.00 *60 tahun keatas
0 comments:
Post a Comment